AKTIVITI TIUP BELON & STRAW — BOLEH BANTU ANAK BERCAKAP?

🎈 AKTIVITI TIUP BELON & STRAW — BOLEH BANTU ANAK BERCAKAP?
Ramai ibu bapa pernah dengar bahawa aktiviti meniup belon, straw atau buih boleh membantu perkembangan pertuturan anak. Aktiviti seperti ini memang melibatkan kawalan nafas, aliran udara dan pergerakan otot di sekitar mulut.
Tetapi, penting untuk faham bahawa aktiviti meniup bukan latihan pertuturan secara langsung. Anak tidak semestinya akan mula bercakap hanya kerana kerap meniup belon atau straw.
Untuk anak belajar bercakap, mereka juga perlu banyak mendengar bahasa, meniru bunyi, menggunakan perkataan dan berinteraksi dengan orang di sekeliling.
Jadi, ibu ayah boleh jadikan aktiviti meniup sebagai aktiviti bermain yang menyeronokkan, tetapi jangan bergantung kepadanya sahaja untuk merangsang pertuturan.
Jika anak masih belum bercakap mengikut tahap usianya, sebaiknya dapatkan penilaian supaya ibu ayah tahu kemahiran mana yang sebenarnya memerlukan sokongan.




Comments