top of page

ANAK AUTISM PILIH MAKANAN IKUT TEKSTUR? BUKAN SEMATA-MATA “MENGADA”

Sep 8
1 min read

ANAK AUTISM PILIH MAKANAN IKUT TEKSTUR? BUKAN SEMATA-MATA “MENGADA”


Pernah tak anak hanya mahu makan makanan tertentu, dan terus menolak bila tekstur makanan berubah?


Contohnya, dia boleh makan makanan yang rangup tetapi tak mahu yang lembik. Atau hanya mahu makanan yang sama setiap hari dan akan menolak makanan baru walaupun rasanya mungkin hampir sama.


Bagi sesetengah anak autism, keadaan ini boleh berkait dengan sensitiviti deria terhadap tekstur, bau, rasa atau suhu makanan.


Tekstur yang bagi kita biasa mungkin terasa terlalu pelik, melekit, kasar, berair atau susah untuk ditelan bagi mereka.


Sebab itu, memaksa anak untuk terus makan makanan yang dia tolak biasanya bukan penyelesaian terbaik.


Apa yang parent boleh cuba?


• Perkenalkan makanan baru secara perlahan-lahan

• Mulakan dengan tekstur yang hampir sama dengan makanan yang anak sudah terima

• Jangan paksa anak habiskan makanan baru

• Beri peluang anak melihat, menghidu atau menyentuh makanan terlebih dahulu

• Ulang pendedahan kepada makanan baru tanpa tekanan

• Perhatikan tekstur yang anak paling selesa dan bina dari situ


Yang penting, cuba faham apa sebenarnya yang anak tidak selesa.


Kadang-kadang bukan sebab dia tak suka rasa makanan. Mungkin teksturnya, suhu, bau atau sensasi dalam mulut yang membuatkan dia menolak.


Dengan memahami pencetusnya, parent boleh bantu anak membina toleransi terhadap lebih banyak jenis makanan secara berperingkat.

 
 
 

Comments


bottom of page