top of page

Anak Tak Imitate, Kenapa Ini Penting?




“Buat macam mama…” — tapi anak tak ikut.


Tak tepuk tangan, tak lambai, tak tiru bunyi atau pergerakan.

Ramai ibu bapa anggap ini perkara kecil.


Hakikatnya, kemahiran imitate (meniru) adalah

asas besar dalam perkembangan kanak-kanak.


Anak belajar bukan melalui penerangan panjang,

tetapi melalui pemerhatian dan tiruan.


Dari menepuk tangan, melambai,

hingga menyebut perkataan

semuanya bermula dengan imitate.


Bila anak meniru, itu tanda mereka memberi perhatian,

memahami dan cuba menghasilkan semula apa yang dilihat atau didengar.


Dalam perkembangan bahasa, imitate sangat penting.

Anak biasanya meniru bunyi sebelum menjadi perkataan,

kemudian meniru perkataan sebelum membina ayat.


Jika kemahiran ini lemah,

proses belajar bahasa juga boleh menjadi perlahan.


Dari sudut sosial pula,

imitate membantu anak berhubung dengan orang lain.


Meniru senyuman, pergerakan atau permainan adalah

cara awal untuk membina interaksi.


Tanpa kemahiran ini,

anak mungkin nampak kurang terlibat

walaupun berada bersama orang lain.


Jika anak tidak menunjukkan minat untuk meniru

sama ada pergerakan, bunyi atau tindakan

ibu bapa perlu mula memberi perhatian.


Ini mungkin menunjukkan cabaran dalam

perhatian, komunikasi atau pemprosesan sosial.


Apa yang boleh dibuat?

Mulakan dengan aktiviti mudah dan menyeronokkan.

Contohnya, buat bunyi lucu, gerakan besar seperti

tepuk tangan atau lompat, dan ulang secara konsisten.

Pastikan interaksi bersemuka supaya anak dapat melihat dengan jelas.


Kurangkan arahan yang kompleks.

Fokus pada permainan dua hala

yang memberi peluang anak melihat dan mencuba.

Bila anak berjaya meniru walaupun sedikit, beri respon positif.


Jika kemahiran imitate masih sangat terhad

walaupun selepas banyak rangsangan,

ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk membuat screening perkembangan.


Imitate mungkin nampak seperti kemahiran kecil,

tetapi ia adalah pintu kepada pembelajaran.

Bila anak boleh meniru,

mereka boleh belajar hampir semua perkara lain dengan lebih mudah.

 
 
 

Comments


bottom of page