top of page

Anak Tak Tunjuk Apa Yang Dia Nak



“Dia nak sesuatu… tapi tak tunjuk.”


Menangis, tarik tangan, atau hanya pandang tanpa arah.

Ibu bapa perlu meneka

nak air ke? nak mainan ke?


Situasi ini nampak kecil,

tapi dalam perkembangan kanak-kanak,

menunjuk (pointing) adalah kemahiran komunikasi yang sangat penting.


Menunjuk ialah sebahagian daripada

komunikasi awal (pre-verbal communication).


Sebelum anak boleh bercakap,

mereka menggunakan isyarat seperti

menunjuk untuk menyampaikan kehendak atau berkongsi minat.


Contohnya, anak menunjuk botol untuk minta minum,

atau menunjuk kapal terbang di langit

untuk berkongsi sesuatu yang menarik.


Apabila anak tidak menunjuk,

ia boleh menunjukkan bahawa

kemahiran komunikasi mereka belum berkembang dengan baik.


Anak mungkin masih mahu sesuatu,

tetapi tidak tahu cara untuk menyampaikan dengan jelas.


Akhirnya,

mereka menggunakan cara lain seperti

menangis atau menarik tangan orang dewasa.


Perkara penting ialah memahami bahawa

menunjuk bukan sekadar gerakan tangan

ia melibatkan niat komunikasi dan perhatian bersama (joint attention).


Anak bukan hanya menunjukkan objek,

tetapi cuba menarik perhatian orang lain kepada perkara yang sama.


Jika anak tidak menunjuk, ibu bapa perlu perhatikan perkara lain.

Adakah anak memberi eye contact?

Adakah mereka cuba berkongsi minat?

Adakah mereka faham arahan mudah?

Ini membantu melihat gambaran perkembangan secara keseluruhan.


Kadang-kadang,

tanpa sedar ibu bapa terlalu cepat memahami kehendak anak.

Bila anak hanya menangis, kita terus beri apa yang diminta.

Ini membuatkan anak tidak “perlu” belajar

cara berkomunikasi dengan lebih jelas.


Apa yang boleh dibuat?

Galakkan anak menunjuk dengan menunjukkan contoh.

Tunjuk objek sambil sebut “nak air?” atau “mana bola?”.


Tunggu seketika sebelum membantu,

beri ruang anak untuk cuba berkomunikasi.


Jika anak konsisten tidak menggunakan isyarat

seperti menunjuk atau menunjukkan minat untuk berkongsi,

ibu bapa boleh mempertimbangkan

untuk membuat screening perkembangan.


Menunjuk adalah langkah awal sebelum bercakap.

Bila langkah ini tiada,

ia boleh memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan sosial.

Lebih awal kita bantu, lebih mudah anak membina asas komunikasi yang kuat.

 
 
 

Comments


bottom of page