top of page

Apa Itu ‘Red Flag’ dalam Perkembangan Kanak-Kanak?


 

Dalam perkembangan kanak-kanak,

istilah ‘red flag’ merujuk kepada

tanda amaran yang menunjukkan

bahawa seorang kanak-kanak mungkin

memerlukan perhatian atau

intervensi lebih awal.

 

Red flags bukan untuk membuat diagnosis,

tetapi menjadi petunjuk awal

kepada ibu bapa dan penjaga

bahawa perkembangan kanak-kanak

mungkin tidak mengikut tahap yang sepatutnya.

 

Contohnya,

jika seorang bayi berusia 12 bulan

tidak menunjukkan minat untuk

berinteraksi seperti tidak ketawa

atau mengekspresikan kegembiraan,

itu mungkin satu tanda amaran.

 

Begitu juga,

jika kanak-kanak berusia 3 tahun

masih belum boleh bercakap

dalam frasa mudah,

ini boleh menjadi satu petunjuk.

 

Kepentingan Kenal Pasti Red Flags

 

1️. Intervensi Awal:

Lagi awal tanda ini dikenalpasti,

 lagi cepat sokongan seperti

terapi atau rawatan boleh diberikan.

 

2️. Pembangunan Optimum:

Membantu anak mencapai

potensi penuh mereka

dengan sokongan profesional.

 

3️. Kurangkan Stres Ibu Bapa:

Memberi panduan untuk tindakan

yang boleh diambil dan

mengelakkan andaian negatif.

 

Pantau anak anda secara holistik:

perhatikan bahasa, motor kasar,

motor halus, dan emosi.

 

Red flags ini mungkin kecil,

tapi ia boleh menjadi kunci

kepada masa depan anak

Comments


bottom of page