top of page

Bila Anak Guna Tangan Tarik Kita, Bukan Bercakap



“Anak saya tarik tangan saya kalau dia nak sesuatu.”


Nak air, tarik tangan. Nak buka pintu, tarik tangan.

Nak ambil mainan, tarik tangan kita ke arah objek.


Ramai ibu bapa rasa ini normal,

sekurang-kurangnya anak “berkomunikasi”.


Tapi persoalannya,

kenapa anak pilih guna tangan, bukan perkataan?


Dalam perkembangan komunikasi,

anak sepatutnya bergerak daripada isyarat kepada bahasa.


Pada peringkat awal,

menunjuk atau menarik tangan adalah

cara asas untuk menyampaikan kehendak.


Namun, apabila usia meningkat,

kemahiran ini perlu berkembang

kepada penggunaan perkataan.


Apabila anak terus bergantung kepada menarik tangan,

ia boleh menunjukkan bahawa

bahasa ekspresif mereka belum cukup berkembang.


Anak tahu apa yang mereka mahu,

tetapi belum ada “alat” untuk menyebutnya.


Jadi, mereka menggunakan cara paling berkesan yang mereka tahu

iaitu menggerakkan orang dewasa.


Perkara penting ialah melihat niat komunikasi.


Menarik tangan menunjukkan

anak ada keinginan untuk berhubung,

itu tanda yang positif.


Tetapi jika tiada usaha untuk menggunakan bunyi,

perkataan atau eye contact bersama tindakan itu,

perkembangan komunikasi mungkin tersekat pada tahap awal.


Kadang-kadang,

tanpa sedar ibu bapa juga “memudahkan” corak ini.


Bila anak tarik tangan,

kita terus faham dan beri apa yang diminta

tanpa memberi ruang untuk

anak cuba berkomunikasi dengan cara lain.


Lama-kelamaan,

anak belajar bahawa menarik tangan sudah mencukupi.


Apa yang boleh dibuat?

Tukar sedikit cara respon.


Apabila anak tarik tangan,

berhenti seketika dan tunggu.


Beri model bahasa seperti

“nak air?” atau “buka pintu?”.


Galakkan anak memberi bunyi,

menunjuk atau sekurang-kurangnya

membuat usaha komunikasi sebelum kita bantu.


Jika corak ini berterusan

tanpa perkembangan kepada perkataan,

ibu bapa boleh mula membuat pemerhatian lebih lanjut

atau screening perkembangan bahasa.


Menarik tangan adalah permulaan komunikasi.

Tetapi tugas kita ialah

membantu anak bergerak dari tindakan kepada perkataan

supaya mereka bukan sekadar difahami,

tetapi mampu menyampaikan dengan lebih jelas dan yakin.

 
 
 

Comments


bottom of page