top of page

Bila Anak Patut Boleh Bina Ayat Sendiri?


Ramai ibu bapa tertanya-tanya,

bila sebenarnya anak patut mula bina ayat sendiri? 


Ada anak yang sudah petah bercakap

seawal usia dua tahun,

manakala ada yang masih menggunakan s

atu perkataan sahaja.


Perbezaan ini kadang-kadang membuat

parents keliru sama ada

perkembangan anak masih normal

atau memerlukan perhatian.


Dalam perkembangan bahasa,

anak biasanya melalui beberapa peringkat.


Pada peringkat awal,

mereka mula menyebut perkataan tunggal seperti

“mama”, “nak”, atau “bola”.


Perkataan ini selalunya

digunakan untuk mewakili banyak maksud.


Contohnya,

perkataan “nak” boleh bermaksud

nak makan, nak minum atau nak sesuatu objek.


Apabila usia meningkat sekitar dua hingga tiga tahun,

kebanyakan kanak-kanak mula

menggabungkan dua atau tiga perkataan

menjadi ayat mudah.


Contohnya seperti

“nak susu”, “mama duduk”, atau “bola jatuh”.


Walaupun ayat ini ringkas,

ia menunjukkan bahawa anak sudah mula

memahami cara menyusun perkataan untuk menyampaikan idea.


Menjelang usia sekitar tiga hingga empat tahun,

ayat anak biasanya menjadi lebih panjang dan jelas.


Mereka sudah boleh menggunakan ayat seperti

“adik nak main bola” atau “mama, tengok kereta tu”.


Pada tahap ini,

komunikasi dua hala juga semakin aktif

kerana anak mampu menjawab

soalan mudah dan berkongsi pengalaman.


Namun,

jika anak sudah melepasi usia ini tetapi

masih sukar menggabungkan perkataan atau

hanya menggunakan bunyi dan isyarat,

ibu bapa wajar memberi perhatian.


Kelewatan membina ayat boleh berkait

dengan perkembangan bahasa ekspresif

yang memerlukan lebih banyak rangsangan atau sokongan.


Perkara paling penting ialah

melihat keseluruhan komunikasi anak.


Adakah mereka faham arahan?

Adakah mereka cuba meniru perkataan?

Adakah mereka berminat berinteraksi dengan orang sekeliling?


Setiap anak berkembang pada kadar berbeza,

tetapi milestone perkembangan

memberi panduan penting kepada ibu bapa.


Jika ada keraguan,

membuat pemerhatian awal atau

screening perkembangan boleh membantu

memberikan gambaran yang lebih jelas

tentang keperluan bahasa anak.





 
 
 

Comments


bottom of page