top of page

Dia Malas Bercakap” — Betul Ke?



“Dia malas bercakap.”


Ini antara ayat paling biasa bila anak lambat bertutur.


Anak diam, guna isyarat, atau

hanya sebut bunyi, lalu dilabel sebagai malas.


Tapi dalam perkembangan kanak-kanak,

jarang sekali anak ‘malas’ tanpa sebab.


Bercakap bukan sekadar buka mulut dan keluarkan suara.

Ia melibatkan banyak komponen

kefahaman bahasa (reseptif),

keupayaan menghasilkan bunyi (ekspresif),

perhatian, interaksi sosial dan koordinasi oral-motor.


Jika salah satu asas ini belum matang,

anak mungkin nampak seperti tidak mahu bercakap,

sedangkan sebenarnya mereka belum mampu.


Contohnya,

anak yang kurang faham bahasa

mungkin tidak tahu apa yang perlu diucapkan.


Anak yang sukar mengawal

pergerakan mulut pula mungkin tahu perkataan,

tetapi tidak mampu menyebutnya dengan jelas.


Ada juga anak yang kurang dorongan untuk

bercakap kerana keperluan mereka sentiasa

dipenuhi tanpa perlu berusaha berkomunikasi.


Dalam sesetengah kes,

anak menggunakan cara lain yang lebih mudah

seperti menunjuk, menarik tangan atau menangis.


Bila cara ini berkesan,

otak mereka belajar bahawa bercakap bukan keperluan utama.


Perkara penting ialah melihat usaha komunikasi anak.

Adakah mereka cuba mengeluarkan bunyi?

Meniru perkataan? Memberi eye contact?


Jika usaha ini ada,

itu tanda mereka sedang belajar, cuma perlukan lebih sokongan.


Apa yang ibu bapa boleh buat?

Kurangkan “meneka” kehendak anak terlalu cepat.


Beri ruang untuk mereka cuba.

Gunakan ayat ringkas, ulang perkataan,

dan wujudkan interaksi dua hala yang konsisten.


Jika anak langsung tidak menunjukkan perkembangan

dalam bercakap atau sangat bergantung kepada isyarat,

jangan terus anggap malas.

Lebih baik buat pemerhatian lanjut atau screening perkembangan bahasa.


Melabel anak sebagai malas boleh menutup pemahaman sebenar.

Hakikatnya,

setiap anak mahu berkomunikasi

cuma ada yang perlukan lebih masa,

rangsangan dan bantuan untuk sampai ke tahap itu.

 
 
 

Comments


bottom of page