top of page

FAHAM ARAHAN TAPI TAK BERCAKAP — APA MAKSUDNYA?

ANAK FAHAM ARAHAN TAPI TAK BERCAKAP — APA MAKSUDNYA?


Faham bahasa tidak semestinya bermaksud anak sudah mampu bercakap


Ramai ibu bapa tertanya-tanya apabila anak boleh memahami arahan seperti “ambil kasut”, “duduk” atau “bagi ibu”, tetapi masih belum menggunakan perkataan untuk berkomunikasi.


Keadaan ini boleh menunjukkan bahawa kemahiran bahasa reseptif anak — iaitu kebolehan memahami bahasa — lebih berkembang berbanding bahasa ekspresif, iaitu kebolehan menggunakan perkataan atau ayat untuk menyampaikan kehendak.


APA YANG MUNGKIN BERLAKU?


Anak mungkin mengalami kelewatan bahasa ekspresif, kesukaran menghasilkan bunyi pertuturan atau mempunyai cara komunikasi lain seperti menunjuk, menarik tangan orang dewasa atau menggunakan gesture.


Namun, ibu bapa tidak seharusnya terus menganggap keadaan ini sebagai “anak cuma lambat bercakap”. Perkembangan setiap anak perlu dilihat secara menyeluruh.


Perhatikan juga sama ada anak:


* Menoleh atau memberi respons apabila dipanggil

* Menggunakan gesture seperti menunjuk

* Cuba mendapatkan perhatian orang lain

* Meniru bunyi atau perkataan

* Berminat untuk berinteraksi dan bermain bersama

* Mampu berkomunikasi keperluan dengan cara tertentu


BILA PERLU DAPATKAN PENILAIAN?


Jika anak tidak menggunakan perkataan mengikut tahap perkembangan yang sepatutnya, semakin kurang menggunakan kemahiran komunikasi, atau terdapat kebimbangan lain tentang perkembangan, penilaian profesional boleh membantu.


Jangan hanya tunggu anak “bercakap sendiri”.


Lebih awal punca dikenal pasti, lebih mudah untuk ibu bapa memahami keperluan anak dan mendapatkan sokongan yang sesuai.

 
 
 

Comments


bottom of page