top of page

Kenapa Anak Mudah Meltdown Bila Tukar Aktiviti?


“Baru je main, tiba-tiba kena berhenti — terus meltdown.


”Situasi ini sangat biasa berlaku.

Anak nampak okay, tapi bila diminta tukar aktiviti —

daripada bermain ke mandi, daripada tengok TV ke makan —

terus menangis, marah atau menolak.


Persoalannya,

kenapa perubahan kecil boleh jadi begitu besar bagi mereka?


Dalam perkembangan kanak-kanak,

keupayaan untuk transition (bertukar aktiviti) 

adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.


Ia melibatkan beberapa fungsi penting seperti

kefahaman arahan, kawalan emosi dan fleksibiliti pemikiran.


Bagi anak kecil,

semua ini masih dalam proses berkembang.


Apabila anak sedang fokus pada sesuatu yang mereka suka,

otak mereka berada dalam keadaan “engaged”.


Tiba-tiba diminta berhenti boleh menyebabkan

rasa kecewa dan hilang kawalan.


Tambahan pula,

jika mereka tidak faham apa yang akan berlaku seterusnya,

perubahan itu terasa tidak selamat dan sukar dijangka.


Ada juga anak yang mempunyai cabaran regulasi emosi.

Mereka sukar mengawal perasaan apabila berlaku perubahan.


Sebab itu,

reaksi mereka nampak “besar”

walaupun situasi nampak kecil bagi orang dewasa.


Dalam sesetengah kes,

meltdown juga boleh berkait dengan

fungsi tingkah laku (SEAT).


Anak mungkin cuba “escape”

daripada aktiviti seterusnya yang tidak disukai,

atau mereka terlalu terikat dengan aktiviti semasa

sehingga sukar melepaskannya.


Apa yang penting ialah

memahami bahawa ini bukan semata-mata degil.

Ia adalah tanda bahawa anak belum mempunyai kemahiran

untuk mengurus perubahan dengan baik.


Ibu bapa boleh membantu dengan memberi persediaan awal.


Contohnya,

beri amaran seperti “lagi 5 minit kita nak mandi”,

gunakan rutin yang konsisten,

atau visual schedule supaya anak tahu apa yang akan berlaku.

Memberi pilihan kecil juga boleh membantu anak rasa lebih terkawal.


Meltdown ketika bertukar aktiviti adalah

sebahagian daripada proses pembelajaran.


Dengan bimbingan yang konsisten,

anak boleh belajar bahawa perubahan itu selamat dan boleh diurus.


Dan di situlah kemahiran penting dalam kehidupan mula terbina.

 
 
 

Comments


bottom of page