Pemakanan Sihat Untuk Sokong Perkembangan Otak Kanak-Kanak
- AUTISM GYM
- Aug 29
- 1 min read

Pemakanan Sihat Untuk Sokong Perkembangan Otak Kanak-Kanak
Pemakanan yang baik membantu membekalkan tenaga dan nutrien penting untuk pertumbuhan serta perkembangan otak kanak-kanak.
1. Protein
* Telur, ikan, ayam, daging dan kekacang.
* Penting untuk pertumbuhan dan pembinaan sel.
2. Ikan berlemak
* Contohnya salmon, sardin dan kembung.
* Sumber omega-3 yang menyokong perkembangan otak.
3. Buah & sayur
* Pelbagaikan warna seperti bayam, brokoli, lobak, pisang dan beri.
* Membekalkan vitamin, mineral dan serat.
4. Karbohidrat berkualiti
* Oat, ubi, beras perang dan roti bijirin penuh.
* Membekalkan tenaga untuk aktiviti harian dan pembelajaran.
5. Lemak sihat
* Avokado, kekacang, biji-bijian dan minyak zaitun.
* Membantu membekalkan nutrien penting untuk perkembangan otak.
6. Air yang mencukupi
* Pastikan anak cukup minum air sepanjang hari.
* Kurangkan minuman tinggi gula.
Tip mudah: Tak perlu makanan mahal atau “brain food” khas. Fokus pada makanan pelbagai, seimbang dan kurang diproses secara konsisten.




Comments