top of page

Perkembangan Anak Tak Sama — Tapi Ada Had Normalnya



“Anak orang lain dah boleh… anak aku belum lagi.”


Ayat ini sering buat ibu bapa serba salah.

Kita tahu setiap anak berkembang pada kadar berbeza,

tapi dalam masa sama tertanya


sampai bila perbezaan itu masih normal?



Hakikatnya,

memang betul perkembangan anak tidak sama.

Ada yang cepat bercakap,

ada yang lebih awal berjalan,

ada yang lebih kuat dari segi sosial.


Perbezaan kecil ini adalah

sebahagian daripada variasi normal.


Namun,

dalam dunia perkembangan kanak-kanak,

tetap ada had atau julat umur 

bagi setiap kemahiran yang dipanggil milestone.


Milestone ini bukan untuk membandingkan anak,

tetapi sebagai panduan asas.


Contohnya,

pada usia tertentu anak sepatutnya

sudah mula menyebut perkataan bermakna,

memberi respon apabila dipanggil, atau

menunjukkan minat untuk berinteraksi.


Jika kemahiran ini masih belum muncul

jauh melepasi usia tersebut,

itu bukan lagi sekadar “lambat sikit”.


Perbezaan yang masih normal biasanya

menunjukkan perkembangan yang bergerak ke hadapan.


Anak mungkin lambat,

tetapi tetap ada kemajuan

daripada bunyi ke perkataan,

daripada bermain sendiri ke mula berinteraksi.

Ini tanda asas perkembangan masih kukuh.


Namun,

apabila perkembangan statik atau semakin tertinggal,

ibu bapa perlu lebih peka.


Contohnya,

anak tidak menunjukkan kemahiran baru,

kurang respon terhadap orang sekeliling,

atau hilang kemahiran yang pernah ada.


Ini adalah tanda yang tidak patut diabaikan.


Ramai ibu bapa memilih untuk tunggu kerana

tidak mahu terlalu cepat risau.


Tetapi menunggu tanpa memahami

had normal boleh menyebabkan masa berharga terlepas.


Lagi awal jurang dikenal pasti,

lagi mudah untuk bantu anak

mengejar semula perkembangan mereka.



Penting untuk diingat

memahami had normal bukan bermaksud

kita mencari kekurangan anak.


Ia membantu kita bertindak pada masa yang tepat.

Setiap anak memang unik.

Tetapi dalam keunikan itu,

tetap ada garis panduan yang membantu kita

melihat sama ada mereka berada di landasan yang betul

atau memerlukan sedikit sokongan untuk kembali ke arah yang sepatutnya.

 
 
 

Comments


bottom of page