Red Flags Berdasarkan Umur Spesifik - Simptom KelewatanKanak-Kanak 2 Tahun yang Perlu Dikenalpasti
- AUTISM GYM
- Feb 4
- 3 min read

Pada usia 2 tahun, kanak-kanak sepatutnya
sudah mencapai beberapa
milestone perkembangan penting,
termasuk dalam aspek bahasa,
sosial, motor dan kognitif.
Namun,
ada kanak-kanak yang menunjukkan
kelewatan dalam perkembangan dan
ini boleh menjadi petunjuk kepada isu
yang lebih besar jika tidak ditangani awal.
Tanda-tanda red flag bagi kanak-kanak 2 tahun:
❌ Tidak bercakap sekurang-kurangnya 50 perkataan
❌ Tidak boleh menggabungkan dua perkataan
seperti "nak susu" atau "jom main"
❌ Tidak memahami arahan mudah
seperti “ambil bola” atau “duduk sini”
❌ Tidak menunjuk (pointing) kepada benda yang diminatinya
❌ Tidak menunjukkan ekspresi emosi
seperti gembira, marah atau sedih
❌ Sukar untuk berkongsi perhatian
dengan ibu bapa (joint attention)
❌ Tidak meniru aksi orang lain
seperti tepuk tangan atau melambai
❌ Tidak berminat untuk bermain
dengan orang lain atau lebih suka bermain sendirian
❌ Sukar berjalan dengan stabil atau tidak boleh berlari
❌ Mengalami regresi (kehilangan kemahiran
yang sebelum ini sudah dikuasai)
Jika kanak-kanak 2 tahun masih
tidak mencapai milestone ini,
parents perlu segera bertindak kerana
kelewatan boleh memberi kesan besar
kepada perkembangan seterusnya.
❓ Anak saya masih tak boleh bercakap banyak,
tapi saya fikir dia cuma lambat sikit. Perlukah saya risau?
💡 Pada usia 2 tahun, kanak-kanak sepatutnya
sudah mula bercakap dalam dua patah perkataan
dan memahami arahan mudah.
Jika mereka masih senyap atau
hanya guna bunyi tanpa perkataan,
ia mungkin tanda kelewatan pertuturan.
❓ Anak saya lebih suka bermain sendiri
dan tidak peduli jika saya panggil. Adakah ini normal?
💡 Kanak-kanak sepatutnya berminat dengan
orang lain dan suka meniru
perbuatan orang dewasa.
Jika mereka tidak memberi respons apabila
dipanggil atau tidak menunjukkan minat
terhadap persekitaran,
ini mungkin tanda awal kelewatan sosial atau autisme.
❓ Saya ingatkan anak saya akan ‘catch up’ sendiri,
tapi dia masih belum boleh berlari atau naik tangga.
Apa patut saya buat?
💡 Jika pada usia 2 tahun
anak masih tidak stabil berjalan,
sering jatuh atau tidak menunjukkan minat
untuk meneroka persekitaran,
ia mungkin menunjukkan kelewatan perkembangan motor.
Jika kanak-kanak 2 tahun
menunjukkan tanda-tanda red flag,
ibu bapa perlu mengambil langkah
screening awal dan mendapatkan intervensi yang sesuai.
1️. Screening Awal
Jumpa pakar pediatrik untuk
menilai perkembangan bahasa, motor dan sosial anak.
Penilaian pertuturan dan bahasa
jika anak tidak bercakap atau
hanya menggunakan beberapa perkataan.
Ujian pendengaran jika anak tidak memberi
respon kepada bunyi atau
tidak bertindak balas apabila dipanggil.
Pemeriksaan neurologi jika anak kelihatan lemah,
tidak stabil berjalan atau menunjukkan regresi kemahiran.
Screening autisme jika anak kurang interaksi sosial,
mengelak kontak mata, atau
kerap mengulangi pergerakan tertentu (stimming).
2️. Terapi dan Intervensi Awal
Terapi Pertuturan dan Bahasa –
Untuk membantu anak yang mengalami
kelewatan bercakap atau memahami arahan.
Terapi Carakerja (Occupational Therapy) –
Untuk membantu kanak-kanak yang ada masalah
kemahiran motor halus atau deria (sensory issues).
Fisioterapi –
Jika anak mengalami kelewatan berjalan atau
masalah keseimbangan, fisioterapi boleh membantu
menguatkan otot dan koordinasi.
Intervensi awal untuk autisme –
Jika terdapat tanda-tanda gangguan
spektrum autisme (ASD), intervensi awal boleh
membantu dalam aspek komunikasi dan sosial.
3️. Peranan Ibu Bapa
Bercakap dengan anak setiap hari –
Gunakan perkataan yang mudah dan
ajak anak berbual dalam rutin harian.
Galakkan komunikasi non-verbal –
Jika anak masih belum bercakap,
ajar mereka menunjuk, melambai atau
menggunakan isyarat untuk berkomunikasi.
Kurangkan skrin dan lebihkan interaksi langsung –
Penggunaan gajet berlebihan boleh
membantutkan perkembangan bahasa dan sosial anak.
Bermain bersama anak –
Gunakan permainan interaktif seperti
main pondok-pondok, teka objek, atau
menyanyi lagu untuk meningkatkan
kemahiran sosial dan bahasa.
Jika anak berusia 2 tahun menunjukkan tanda-tanda
kelewatan perkembangan, parents tidak boleh
sekadar menunggu dan melihat.
Tindakan awal sangat penting kerana
lebih awal intervensi dilakukan,
lebih besar peluang anak untuk berkembang dengan baik! 🚀




Comments