Sumber dan Tindakan Susulan –Bagaimana Ibu Bapa Boleh MencatatSimptom untuk Tunjuk kepada Doktor?
- AUTISM GYM
- Feb 14
- 2 min read

Ibu bapa sering risau apabila melihat
tingkah laku atau perkembangan anak
yang berbeza daripada kanak-kanak lain.
Tetapi bagaimana cara terbaik untuk
menyampaikan kebimbangan ini kepada doktor?
💡 “Doktor, anak saya lambat bercakap.”
💡 “Dia selalu mengamuk tanpa sebab.”
💡 “Saya rasa ada sesuatu yang tak kena, tapi saya tak pasti.”
Tanpa maklumat yang jelas dan terperinci,
doktor mungkin sukar untuk memahami situasi sebenar
dan membuat diagnosis yang tepat.
Oleh itu, mencatat simptom dengan sistematik
sangat penting supaya pakar dapat
membantu anak dengan lebih berkesan.
❓ Kenapa mencatat simptom penting?
➡️ Simptom perkembangan tidak berlaku sekali sahaja
tetapi muncul dalam corak tertentu.
➡️ Doktor memerlukan maklumat yang konsisten
untuk mengenal pasti sebarang kelewatan atau masalah perkembangan.
➡️ Ibu bapa yang bersedia dengan rekod yang lengkap
dapat mempercepatkan proses diagnosis dan intervensi.
📌 Masalah biasa jika ibu bapa tidak mencatat simptom:
❌ Sukar menjawab soalan doktor dengan tepat
(“Saya lupa bila dia mula bercakap”)
❌ Tidak ingat kekerapan atau tahap keterukan
sesuatu tingkah laku
(“Kadang-kadang, tapi saya tak pasti seberapa kerap”)
❌ Tidak dapat mengaitkan simptom
dengan situasi tertentu
(“Saya tak pasti bila dia jadi sangat sensitif terhadap bunyi”)
Jadi,
bagaimana cara mencatat simptom dengan berkesan?
Berikut adalah langkah mudah yang parents boleh lakukan:
✅ 1. Gunakan Jurnal atau Aplikasi
📖 Catat dalam buku khas atau gunakan aplikasi
perkembangan kanak-kanak seperti Baby Sparks
atau CDC Milestone Tracker.
📅 Ambil nota tarikh dan masa bila simptom berlaku.
📌 Contoh: “15 Feb – Anak mengamuk selama 20 minit kerana mainan diambil.”
✅ 2. Rakam Video atau Ambil Gambar
📹 Jika simptom sukar diterangkan dengan perkataan
(contoh: pergerakan berulang atau tantrum melampau),
rakam video pendek untuk tunjuk kepada doktor.
✅ 3. Gunakan Format ABC (Antecedent - Behavior - Consequence)
📝 Format ini membantu ibu bapa mencatat
apa yang berlaku sebelum, semasa, dan selepas simptom muncul.
💡 Contoh:
A (Antecedent) – “Saya minta anak pakai kasut.”
B (Behavior) – “Anak menangis, menjerit, dan baring di lantai selama 10 minit.”
C (Consequence) – “Saya cuba tenangkan, tetapi dia hanya berhenti selepas saya biarkan dia sendiri.”
✅ 4. Rujuk Senarai Semak Perkembangan
📊 Bandingkan perkembangan anak dengan senarai
milestone umur mereka. Jika terdapat kelewatan,
catat apa yang anak masih belum boleh lakukan mengikut usia.
📌 Contoh: “Anak saya 2 tahun tetapi belum boleh
menyebut lebih daripada 10 perkataan.”
✅ 5. Catat Frekuensi dan Tempoh
⏳ Berapa kali simptom berlaku dalam sehari/minggu?
📌 Contoh: “Anak menjerit 4-5 kali sehari bila saya bercakap dengannya.”
📌 Contoh: “Setiap malam, anak terjaga setiap 2 jam.”
✅ 6. Libatkan Guru atau Pengasuh
🏫 Jika anak berada di taska atau prasekolah,
minta maklumat daripada guru.
Kadang-kadang, simptom lebih ketara dalam persekitaran sosial.
🔹 Mencatat simptom dengan sistematik dapat
membantu doktor memahami perkembangan anak dengan lebih jelas.
🔹 Dengan rekod yang lengkap, parents boleh
mendapatkan diagnosis yang lebih tepat dan
memulakan terapi atau intervensi lebih awal jika diperlukan.
🔹 Tindakan kecil seperti mencatat simptom boleh
memberi kesan besar dalam menyokong perkembangan anak! 🚀




Comments