Tanda Anak Ada Masalah Sensori Yang Selalu Disalah Anggap
- AUTISM GYM
- 4 days ago
- 2 min read

“Dia ni memilih sangat.”
“Over sensitive betul…”
“Atau orang selalu cakap anak cuma buat perangai.”
Hakikatnya,
ada banyak tingkah laku anak yang sebenarnya
berkait dengan masalah sensori,
tetapi sering disalah anggap sebagai degil, manja atau nakal.
Masalah sensori berlaku apabila otak anak
memproses rangsangan seperti bunyi,
sentuhan, cahaya, pergerakan atau tekstur dengan cara yang berbeza.
Ada anak yang terlalu sensitif terhadap rangsangan,
ada juga yang sentiasa mencari rangsangan tambahan
untuk badan mereka rasa “cukup”.
Contohnya,
anak yang menutup telinga bila dengar bunyi kuat
sering dianggap mengada-ngada.
Padahal bagi mereka,
bunyi biasa mungkin terasa terlalu kuat dan menyakitkan.
Ada juga anak yang tak suka pakai baju tertentu,
potong kuku atau basuh rambut kerana
sentuhan terasa sangat tidak selesa pada badan mereka.
Sebaliknya, ada anak yang suka melompat, berpusing,
memanjat atau bergerak tanpa henti.
Ramai anggap mereka terlalu lasak,
sedangkan sebenarnya mereka mungkin
sedang mencari input sensori untuk
membantu badan dan otak mereka rasa lebih stabil.
Satu lagi tanda yang selalu disalah faham ialah picky eater.
Tidak semua anak memilih makan kerana cerewet.
Ada yang sensitif terhadap tekstur, bau atau rasa tertentu.
Sebab itu mereka hanya mahu makanan yang sama atau
menolak makanan tertentu walaupun lapar.
Anak yang mudah meltdown di tempat ramai,
cepat overwhelmed atau susah menyesuaikan diri dengan
perubahan juga kadang-kadang sedang bergelut dengan sistem sensori mereka.
Bila otak menerima terlalu banyak rangsangan serentak,
badan mereka boleh menjadi “overload”.
Perkara penting ialah memahami bahawa tingkah laku ini
bukan sengaja dibuat untuk menyusahkan orang lain.
Banyak kali, anak sendiri pun tidak faham kenapa mereka rasa tidak selesa.
Apa yang ibu bapa boleh buat?
Mulakan dengan memerhati corak tingkah laku anak.
Apa yang membuatkan mereka terlalu sensitif?
Apa yang menenangkan mereka?
Dari situ,
ibu bapa boleh mula memahami keperluan sensori anak dengan lebih baik.
Elakkan memaksa atau memalukan anak kerana
perkara yang mereka sukar kawal.
Sebaliknya, bantu mereka secara perlahan melalui
aktiviti sensori yang sesuai dan rutin yang lebih terkawal.
Kadang-kadang, anak bukan terlalu manja atau sengaja “buat perangai”.
Mereka cuma mengalami dunia dengan cara yang lebih kuat,
lebih sensitif atau lebih kompleks daripada yang kita nampak di luar.




Comments