top of page

Tanda Awal Perkembangan Anak Tidak Mengikut Usia

Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak membesar

dengan sihat dan berkembang mengikut usia.


Namun dalam realiti,

tidak semua kelewatan perkembangan mudah disedari.

Ada tanda awal yang kelihatan kecil,

tetapi sebenarnya membawa makna besar

terhadap perkembangan anak.


Perkembangan kanak-kanak

merangkumi beberapa domain utama —

bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi,

motor halus, motor kasar serta kemahiran kognitif.


Apabila salah satu aspek ini tidak berkembang

selari dengan umur,

anak mungkin mula menunjukkan perubahan

tingkah laku atau kemahiran

yang berbeza daripada rakan sebaya.


Antara tanda awal yang sering berlaku ialah

anak kurang memberi respon apabila

dipanggil nama, kurang eye contact,

atau jarang menunjukkan minat untuk berinteraksi.


Dari sudut bahasa,

anak mungkin lambat menyebut perkataan bermakna,

lebih banyak menggunakan tangisan atau

menarik tangan orang dewasa

untuk menyampaikan kehendak.


Dalam aspek tingkah laku pula,

anak mungkin mudah tantrum,

sukar fokus, terlalu aktif

atau sebaliknya terlalu pasif.


Ada juga yang bermain secara berulang

tanpa melibatkan orang lain.


Bagi motor perkembangan,

anak mungkin kelihatan kerap jatuh,

sukar memegang objek kecil atau

mengelakkan aktiviti fizikal tertentu.


Penting untuk difahami,

tanda-tanda ini bukan diagnosis.


Ia adalah isyarat awal bahawa anak mungkin

memerlukan pemerhatian atau sokongan tambahan.


Ramai parents memilih untuk tunggu

dengan harapan anak akan “catch up” sendiri,

tetapi menunggu terlalu lama boleh menyebabkan

jurang perkembangan menjadi semakin besar.


Langkah terbaik ialah

membuat milestone screening atau

mendapatkan pandangan profesional.


Lagi awal kita mengenal pasti keperluan anak,

lagi cepat intervensi boleh diberikan.


Otak kanak-kanak sangat fleksibel

pada tahun-tahun awal kehidupan —

inilah tempoh paling berharga untuk

membantu mereka berkembang secara optimum.


Kepekaan ibu bapa hari ini boleh menjadi

titik perubahan besar dalam perjalanan perkembangan anak esok.

 
 
 

Comments


bottom of page