Anak ADHD Sukar Fokus Buat Kerja Sekolah? Cuba Langkah Ini

Anak ADHD Sukar Fokus Buat Kerja Sekolah? Cuba Langkah Ini
Persekitaran yang tersusun dan rutin yang konsisten boleh membantu anak ADHD lebih bersedia untuk fokus di rumah.
Menurut CHADD, pusat sumber ADHD kebangsaan Amerika Syarikat, beberapa langkah mudah boleh mengurangkan tekanan semasa waktu kerja sekolah.
1. Sediakan ruang khas yang kurang gangguan
Pilih meja yang kemas dan cukup cahaya. Jauhkan televisyen, telefon dan haiwan peliharaan. Duduk berhampiran anak, tetapi elakkan memantau terlalu dekat.
2. Tetapkan waktu yang sama setiap hari
Rutin yang konsisten membantu anak membina tabiat. Pastikan semua alat tulis tersedia sebelum bermula.
3. Pecahkan tugasan kepada bahagian kecil
Siapkan satu bahagian pada satu masa. Gunakan pemasa dan beri rehat 5 hingga 10 minit untuk bergerak, minum atau makan snek ringan.
UNTUK IBU BAPA
Puji usaha anak secara spesifik. Contohnya, "Ibu suka cara adik baca semula soalan itu." Setiap anak berbeza, jadi cuba dan sesuaikan kaedah mengikut keperluannya. Jika corak kesukaran berulang, kongsikan pemerhatian anda dengan guru atau pakar.
Ingin berbincang tentang keperluan pembelajaran anak anda? Hubungi Autism Gym Centre.




Comments