Kenapa anak autism ulang gerakan sama ?

Stimming: Kenapa Anak Autism Ulang Gerakan Yang Sama?
Gerakan berulang selalunya ada tujuan tersendiri bagi anak.
ISI UTAMA
• Apa itu stimming?
Stimming ialah gerakan atau tingkah laku berulang seperti mengepak tangan, berpusing, bergoyang, mengulang perkataan atau mendengar lagu yang sama. Ia termasuk dalam ciri tingkah laku berulang yang dinilai semasa diagnosis autism.
• Kenapa anak melakukannya?
Menurut National Autistic Society (UK), ramai individu autism stimming untuk mendapatkan rangsangan deria, menenangkan diri atau meluahkan rasa gembira.
• Bila sokongan diperlukan?
Stimming tidak semestinya berbahaya. Sokongan diperlukan jika stimming berlaku kerana anak tertekan, atau jika ia mencederakan, seperti menghentak kepala atau mencabut rambut.
UNTUK IBU BAPA
• Perhatikan bila stimming berlaku: semasa gembira, cemas, bosan atau di tempat bising.
• Elakkan menghalang secara paksa. Ia mungkin tidak berkesan dan boleh menambah tekanan anak.
• Jika stimming membahayakan, dapatkan nasihat profesional untuk mencari punca dan alternatif yang selamat.
Ingin memahami keperluan deria dan pergerakan anak anda? Hubungi Autism Gym Centre untuk perbincangan lanjut.




Comments