Anak Tak Ada Emosi
- AUTISM GYM
- Jun 17
- 1 min read

Manusia jika tidak ada emosi,
sama sahaja seperti robot.
Bagi individu autism dewasa
mereka bukan tidak Ikhlas
dalam meluahkan sesuatu
tapi mereka tidak tahu
macam mana nak react
terhadap sesuatu emosi atau perasaan
Bagi kita yang normal
sangat mudah untuk kita berasa empati
kasihan dan memahami perasaan orang lain
apa yang diceritakan oleh orang lain
berdasarkan riak muka orang di depan
kita dah tahu sedikit sebanyak apa
yang mereka rasakan
tapi memahami perasaan orang lain
adalah sesuatu yang mustahil
untuk individu autism lakukan
mereka tidak tahu apa reaksi
yang patut mereka zahirkan
dalam keadaan tertentu
keadaan ini membuatkan mereka
seperti tiada common sense
pada mata orang lain
segala tindakan yang mereka lakukan
bukan bermakna mereka
tiada emosi langusng
cuma tidak faham tentang emosi
kerana gangguan neurologi sejak kecil
jika kita adalah individu normal
kita perlu memahami
dan peka tentang perkara ini
supaya hidup lebih tenang dikala
diberi rezeki mengenali ciptaan Tuhan.




Comments