top of page

Kenapa Anak Perlukan Rutin Harian Yang Konsisten



Ramai orang fikir rutin harian cuma tentang

jadual makan, mandi dan tidur.

Hakikatnya, bagi kanak-kanak,

rutin yang konsisten memberi rasa selamat kepada otak dan emosi mereka.


Kanak-kanak masih sedang belajar memahami dunia.

Bila sesuatu berlaku secara berulang dan boleh dijangka,

otak mereka rasa lebih tenang kerana tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Sebab itu rutin sangat penting dalam perkembangan emosi,

tingkah laku dan pembelajaran anak.


Contohnya,

bila waktu tidur sentiasa berubah,

badan dan otak anak lebih mudah menjadi penat dan “overwhelmed”.

Akibatnya, mereka jadi lebih mudah tantrum,

sukar fokus dan cepat marah.

Sama juga bila rutin harian terlalu tidak menentu

anak boleh rasa keliru dan hilang rasa stabil.


Rutin membantu anak membina

banyak kemahiran penting seperti regulasi emosi,

toleransi menunggu dan kemampuan mengikut arahan.

Bila aktiviti harian berlaku secara konsisten,

anak lebih mudah bersedia untuk berpindah daripada satu aktiviti ke aktiviti lain.


Ini sangat penting terutamanya untuk anak yang mempunyai

cabaran perkembangan atau sensori.

Ramai anak mudah meltdown bukan kerana degil,

tetapi kerana perubahan mengejut membuatkan

sistem mereka rasa terlalu “chaotic”.

Bila rutin lebih jelas dan boleh dijangka,

mereka biasanya lebih tenang dan mudah bekerjasama.


Namun, rutin bukan bermaksud jadual yang terlalu ketat

sampai anak dan ibu bapa stres.

Rutin yang baik ialah rutin yang realistik dan konsisten dalam perkara asas

seperti waktu makan, tidur, bermain dan masa skrin.


Satu lagi perkara penting

rutin membantu perkembangan bahasa dan pembelajaran.

Bila aktiviti berulang setiap hari,

anak lebih mudah memahami arahan,

mengaitkan perkataan dengan situasi dan

belajar apa yang dijangka daripada mereka.


Contohnya,

rutin membaca buku sebelum tidur bukan sekadar aktiviti biasa.

Ia membantu bahasa, fokus, hubungan emosi dan rasa tenang sebelum tidur.


Apa yang paling besar sebenarnya ialah

rasa selamat yang datang daripada rutin.

Bila anak tahu dunia mereka lebih stabil dan boleh dijangka,

otak mereka mempunyai lebih banyak ruang untuk belajar, bermain dan berkembang.


Sebab itu, kadang-kadang perubahan kecil seperti

konsisten dengan waktu tidur atau rutin pagi

boleh memberi kesan besar kepada tingkah laku anak.


Kerana bagi seorang kanak-kanak, rutin bukan sekadar jadual harian.

Ia adalah “struktur kecil” yang membantu dunia mereka terasa

lebih selamat, tenang dan mudah difahami.

 
 
 

Comments


bottom of page