Red Flags Berdasarkan Umur Spesifik –Kanak-Kanak 4 Tahun: Bila Perlu Bimbang Jika Masih Tidak Berdikari?
- AUTISM GYM
- Feb 5
- 3 min read

Pada usia 4 tahun,
kanak-kanak sepatutnya sudah menunjukkan
tahap kebolehan berdikari
yang lebih baik dalam aktiviti harian seperti:
✅ Memakai dan membuka pakaian sendiri (dengan sedikit bantuan)
✅ Menggunakan sudu dan garfu tanpa tumpah terlalu banyak
✅ Membasuh tangan sendiri selepas makan atau ke tandas
✅ Memberus gigi dengan sedikit bantuan
✅ Boleh bermain dan bergaul dengan kanak-kanak lain
✅ Mengikut rutin harian seperti waktu tidur dan mandi
Namun,
jika anak masih terlalu bergantung kepada parents
dalam semua aspek atau menunjukkan
kesukaran yang ketara dalam melakukan tugasan harian,
ini mungkin red flag perkembangan sosial
dan peribadi yang perlu diberi perhatian.
❓ Anak saya masih minta dipakaikan baju
dan tidak boleh memakai kasut sendiri. Adakah ini normal?
💡 Pada usia 4 tahun, kebanyakan kanak-kanak
boleh memakai baju sendiri,
butang baju yang besar dan memakai kasut
walaupun mungkin masih terbalik.
Jika anak langsung tidak mencuba atau menunjukkan
kesukaran luar biasa, ini mungkin tanda kelewatan
motor halus atau kekurangan keyakinan diri.
❓ Anak saya enggan makan sendiri dan
mahu disuap setiap kali. Perlu risau?
💡 Kanak-kanak 4 tahun sepatutnya sudah boleh
makan sendiri dengan sudu dan garpu
walaupun sedikit tumpah.
Jika mereka masih
bergantung kepada parents untuk menyuap makanan
atau menunjukkan sensitiviti berlebihan
terhadap tekstur makanan, ini mungkin tanda
kelewatan dalam perkembangan sensori atau tingkah laku.
❓ Anak saya tidak mahu ke tandas sendiri dan
masih pakai lampin. Apa patut saya buat?
💡 Pada usia ini, kanak-kanak sepatutnya sudah boleh
memberitahu apabila perlu ke tandas.
Jika anak masih tidak menunjukkan minat
untuk ke tandas atau mempunyai ketakutan
berlebihan terhadap tandas, ini mungkin berkaitan
dengan kelewatan perkembangan emosi atau deria (sensory issues).
Jika anak 4 tahun masih tidak menunjukkan
kebolehan berdikari, parents perlu bertindak lebih awal
dengan mendapatkan penilaian
perkembangan dan intervensi yang sesuai.
1️. Screening Awal
Jumpa pakar pediatrik jika anak masih
sangat bergantung kepada parnets dalam semua aspek.
Penilaian terapi carakerja (Occupational Therapy, OT)
jika anak sukar mengawal tangan dan
jari untuk memakai baju, makan sendiri atau membutang baju.
Pemeriksaan psikologi perkembangan
jika anak takut melakukan tugas sendiri
atau menunjukkan kebimbangan yang melampau.
Ujian sensori
jika anak sensitif terhadap tekstur pakaian,
makanan atau tidak selesa dengan air
semasa mencuci tangan atau mandi.
2️. Terapi dan Intervensi Awal
Terapi Carakerja (OT) –
Untuk membantu kanak-kanak
mengembangkan kemahiran motor halus
dan berdikari dalam aktiviti harian.
Terapi Sensori –
Jika anak mengalami sensitiviti berlebihan
terhadap pakaian, makanan atau bunyi,
terapi sensori boleh membantu mereka menyesuaikan diri.
Terapi Kelakuan –
Jika anak sering mengelak daripada melakukan
tugas sendiri kerana takut gagal atau
kurang keyakinan diri, terapi tingkah laku
boleh membantu membentuk tabiat yang lebih positif.
Latihan Tandas (Toilet Training) –
Jika anak masih belum boleh menggunakan tandas sendiri,
strategi latihan tandas secara berperingkat boleh diperkenalkan.
3️. Peranan Ibu Bapa
Beri galakan, bukan tekanan –
Pastikan anak rasa selamat untuk
mencuba dan tidak takut gagal.
Latih secara konsisten –
Ajak anak untuk melakukan aktiviti berdikari
setiap hari seperti memakai kasut sendiri dan mengemas mainan.
Gunakan pendekatan permainan –
Contohnya, buat permainan
"Siapa boleh siap pakai baju paling cepat?"
untuk jadikan latihan lebih menyeronokkan.
Kurangkan bantuan secara berperingkat –
Jika anak masih mahu disuap,
cuba kurangkan bantuan sedikit demi sedikit
sehingga mereka lebih yakin untuk makan sendiri.
Jika kanak-kanak 4 tahun
masih terlalu bergantung kepada parents untuk
melakukan tugasan asas,
parents tidak boleh sekadar menunggu dan melihat.
Intervensi awal sangat penting untuk membantu
anak menjadi lebih berdikari dan membina
keyakinan diri dalam menghadapi kehidupan harian. 🚀




Comments