top of page

Sensory, Escape, Attention, Tangible


Dalam kerangka perkembangan kanak-kanak, Behavior SEAT merujuk kepada fungsi tingkah laku — iaitu sebab sebenar di sebalik sesuatu tingkah laku berlaku.


Tingkah laku bukan berlaku secara rawak.


Ia biasanya memenuhi satu daripada empat fungsi utama:


S – Sensory, E – Escape, A – Attention, T – Tangible.


S – Sensory (Sensori)


Anak melakukan sesuatu kerana ia memberi rangsangan pada badan mereka.


Contohnya, melompat berulang kali, mengepak tangan, atau mengetuk meja. Tingkah laku ini memberi kepuasan dalaman atau membantu mereka regulasi diri. Dalam konteks perkembangan, kanak-kanak yang ada cabaran sensori mungkin lebih kerap menunjukkan tingkah laku ini untuk menenangkan sistem saraf mereka.


E – Escape (Lari/Elak)


Tingkah laku berlaku untuk mengelakkan tugasan atau situasi yang sukar.


Contohnya, menangis bila diminta menulis, tantrum bila diminta kemas mainan. Ini bukan semata-mata “degil”, tetapi mungkin kerana tugasan itu terlalu mencabar tahap perkembangan mereka. Anak belajar bahawa dengan menangis atau memberontak, tugasan akan dihentikan.


A – Attention (Perhatian)


Sebahagian tingkah laku bertujuan mendapatkan perhatian — sama ada positif atau negatif.


Dimarahi juga adalah perhatian. Dalam fasa perkembangan awal, anak sedang belajar cara berhubung. Jika perhatian hanya datang bila mereka buat salah, mereka akan ulang corak itu.


T – Tangible (Ganjaran/Benda)Anak melakukan tingkah laku untuk mendapatkan sesuatu — mainan, makanan, gajet.


Jika setiap kali mereka menjerit lalu diberi apa yang diminta, otak mereka belajar bahawa strategi itu berkesan.


Memahami SEAT membantu kita melihat tingkah laku sebagai komunikasi, bukan sekadar masalah disiplin.


Bila kita kenal pasti fungsinya, intervensi boleh jadi lebih tepat — bukan hanya menghentikan tingkah laku, tetapi memenuhi keperluan perkembangan sebenar anak.

 
 
 

Comments


bottom of page