5 Aktiviti Harian Untuk Membantu Perkembangan Kanak-Kanak
- AUTISM GYM
- Feb 25
- 1 min read

Tak semua rangsangan perkembangan
perlu datang daripada kelas mahal atau alat canggih.
Hakikatnya,
rumah adalah “pusat terapi” pertama anak.
Dengan aktiviti harian yang konsisten,
parents boleh bantu perkembangan anak
secara semula jadi dan bermakna.
1. Bercakap dan bercerita setiap hari
Walaupun anak belum fasih bercakap,
teruskan berbual.
Ceritakan apa yang sedang dibuat —
“Mama tengah potong buah”, “Jom pakai kasut”.
Ini merangsang perkembangan bahasa,
kefahaman dan kemahiran komunikasi dua hala.
2. Bermain secara interaktif
Main bola, susun blok, pretend play masak-masak.
Aktiviti ini bukan sekadar hiburan,
tetapi melatih motor kasar, motor halus,
imaginasi dan kemahiran sosial seperti menunggu giliran.
3. Libatkan anak dalam rutin harian
Ajak anak kemas mainan, susun pinggan, pilih baju sendiri.
Tugasan kecil ini membina kemahiran
berdikari, fokus dan koordinasi tangan-mata.
4. Latihan emosi melalui perbualan
Bila anak marah atau sedih, bantu mereka label perasaan.
“Adik kecewa sebab tak dapat main lagi ya?”
Ini menyokong perkembangan emosi dan keupayaan regulasi diri.
5. Kurangkan skrin, tambah interaksi
Interaksi manusia jauh lebih kaya berbanding skrin.
Sentuhan, eye contact dan respon spontan
merangsang perkembangan otak dengan lebih efektif.
Kuncinya bukan pada tempoh yang lama,
tetapi konsistensi.
15–30 minit berkualiti setiap hari
memberi impak besar dalam jangka panjang.
Perkembangan anak bukan berlaku secara kebetulan.
Ia dibentuk melalui pengalaman kecil
yang berulang setiap hari.
Dan parents adalah agen perkembangan
paling utama dalam hidup mereka.




Comments