Anak Suka Main Sorang — Personaliti atau Red Flag?
- AUTISM GYM
- 3 days ago
- 2 min read

“Dia okay je main sendiri.”
Tak cari orang lain, tak kisah kalau bermain seorang diri untuk tempoh lama.
Ramai ibu bapa tertanya
ini cuma personaliti anak yang independent, atau
sebenarnya ada sesuatu yang perlu diberi perhatian?
Hakikatnya, suka bermain seorang diri tidak semestinya masalah.
Ada kanak-kanak yang memang lebih tenang,
suka fokus pada permainan sendiri dan perlukan masa untuk “recharge”.
Ini boleh menjadi sebahagian daripada personaliti mereka.
Namun, dalam perkembangan kanak-kanak,
perkara yang penting bukan sekadar anak bermain seorang diri tetapi
bagaimana cara mereka bermain dan berinteraksi bila ada peluang sosial.
Kanak-kanak kecil biasanya akan mula menunjukkan
minat terhadap orang lain walaupun
belum pandai bermain bersama sepenuhnya.
Mereka memerhati, meniru, berkongsi minat,
menunjukkan mainan atau sesekali mencari respon daripada orang sekeliling.
Ini adalah asas perkembangan sosial.
Jika anak suka bermain sendiri tetapi masih memberi eye contact,
respon bila dipanggil, berkongsi kegembiraan dan
sesekali mengajak orang lain masuk ke dalam permainan mereka,
itu selalunya masih dalam julat normal.
Tetapi jika anak terlalu “masuk dunia sendiri”,
tidak berminat kepada interaksi,
jarang berkongsi perhatian atau lebih fokus
kepada objek berbanding orang ibu bapa perlu mula
memberi perhatian kepada perkembangan sosial dan komunikasi mereka.
Perkara lain yang perlu dilihat ialah jenis permainan anak.
Adakah mereka bermain secara fleksibel dan imaginatif?
Atau hanya mengulang aktiviti yang sama seperti susun,
pusing atau fokus pada bahagian tertentu mainan sahaja?
Corak permainan juga memberi banyak petunjuk tentang perkembangan anak.
Kadang-kadang, anak memilih bermain sendiri kerana
mereka sukar memahami interaksi sosial atau cepat rasa overwhelmed
bila bersama orang lain. Ada juga yang mempunyai kesukaran komunikasi, menyebabkan mereka lebih selesa bermain tanpa perlu berinteraksi.
Apa yang ibu bapa boleh buat?
Jangan paksa anak bersosial secara berlebihan.
Sebaliknya, bina interaksi perlahan-lahan melalui
permainan yang mereka minat. Sertai dunia mereka dahulu
sebelum cuba menarik mereka masuk ke dunia orang lain.
Paling penting, lihat perkembangan anak secara menyeluruh
komunikasi, eye contact, kefahaman, emosi dan cara bermain.
Kerana kadang-kadang, bermain seorang diri hanyalah personaliti.
Tetapi dalam sesetengah keadaan,
ia juga boleh menjadi signal awal bahawa anak sedang
bergelut membina hubungan dengan dunia sosial di sekeliling mereka.




Comments