top of page

Perkembangan Kognitif Tak Seimbang Apa Maksudnya?





“Anak saya pandai hafal, tapi susah faham arahan.”

“Atau… cepat buat puzzle, tapi susah bercakap.”


Situasi seperti ini sering membuat ibu bapa keliru.

Ada kemahiran nampak sangat maju,

tapi dalam masa sama ada bahagian lain yang jauh tertinggal.


Dalam perkembangan kanak-kanak, ini dipanggil

perkembangan kognitif yang tidak seimbang.


Perkembangan kognitif merangkumi cara anak

berfikir, memahami, menyelesaikan masalah, mengingat dan belajar.


Namun, perkembangan ini

tidak semestinya bergerak sama rata dalam semua aspek.

Ada anak yang kuat dalam memori visual,

tetapi lemah dalam komunikasi.

Ada yang cepat mengenal nombor dan huruf, tetapi

sukar memahami arahan mudah atau berinteraksi dengan orang lain.


Inilah sebabnya kenapa sesetengah anak nampak “bijak”,

tetapi masih menghadapi cabaran dalam situasi harian.

Mereka mungkin boleh menghafal fakta,

tetapi tidak tahu cara menggunakan

maklumat tersebut dalam konteks sebenar.


Contohnya,

hafal warna tetapi tidak faham arahan “ambil bola merah”.

Perkembangan yang tidak seimbang

boleh berlaku kerana otak anak berkembang

mengikut kekuatan tertentu terlebih dahulu.

Namun, apabila jurang antara satu kemahiran dengan

kemahiran lain terlalu besar, ibu bapa perlu mula memberi perhatian.


Contohnya, jika anak sangat maju dalam akademik

tetapi sangat lemah dalam sosial dan komunikasi,

atau sangat kuat dalam hafalan tetapi

sukar fleksibel dalam pemikiran,

ini memberi gambaran bahawa

perkembangan mereka tidak berkembang secara menyeluruh.


Penting untuk faham,

perkembangan bukan hanya tentang apa yang anak tahu.

Ia juga tentang bagaimana mereka

menggunakan kemahiran itu untuk berinteraksi,

belajar dan menyesuaikan diri dengan dunia sekeliling.


Apa yang ibu bapa boleh buat?

Fokus pada perkembangan secara holistik,

bukan hanya akademik.

Galakkan aktiviti yang melibatkan komunikasi,

permainan sosial, penyelesaian masalah dan pengalaman sebenar.

Jangan hanya kagum pada hafalan atau “kepandaian” tertentu

tanpa melihat kemahiran asas lain.


Jika jurang perkembangan nampak jelas dan

mula mengganggu fungsi harian,

membuat screening perkembangan boleh membantu

mengenal pasti kekuatan dan cabaran anak dengan lebih tepat.


Kadang-kadang, anak bukan “tak pandai”.

Mereka cuma berkembang secara tidak seimbang

dan tugas kita ialah membantu semua bahagian perkembangan itu bergerak bersama.

 
 
 

Comments


bottom of page