top of page

Tanda Awal Speech Delay Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang




Ramai ibu bapa sangka...

speech delay hanya bermaksud “anak belum bercakap”.


Hakikatnya, sebelum perkataan pertama muncul,

ada banyak tanda awal perkembangan komunikasi 

yang sebenarnya boleh diperhatikan lebih awal, tetapi sering terlepas pandang.



Salah satu tanda paling awal ialah

kurang respon bila dipanggil nama.


Anak mungkin nampak mendengar bunyi lain,

tetapi tidak memberi perhatian apabila nama dipanggil.

Ramai anggap ini kerana anak terlalu fokus bermain,

sedangkan ia juga boleh berkait dengan

perkembangan komunikasi dan perhatian sosial.


Selain itu, anak yang kurang eye contact atau

jarang berkongsi perhatian dengan orang lain

juga perlu diperhatikan.


Contohnya,

anak tidak memandang wajah ibu bapa ketika bermain,

atau tidak menunjukkan objek menarik untuk

dikongsi bersama. Ini penting kerana

komunikasi bukan hanya tentang bercakap,

tetapi juga interaksi dua hala.


Ramai juga terlepas pandang apabila anak tidak menunjuk 

untuk meminta atau berkongsi sesuatu.

Sebelum bercakap,

anak biasanya akan menggunakan isyarat seperti menunjuk,

melambai atau mengangguk.

Jika kemahiran ini kurang berkembang,

ia boleh menjadi petanda bahawa asas komunikasi masih lemah.


Ada juga anak yang banyak bunyi atau

mengulang perkataan dari video,

tetapi sebenarnya tidak menggunakan bahasa

untuk berinteraksi secara bermakna.

Dari luar nampak seperti “pandai bercakap”,

tetapi komunikasi sebenar masih terhad.


Tanda lain termasuk:


• sukar faham arahan mudah

• lebih banyak menarik tangan berbanding bercakap

• kurang meniru bunyi atau pergerakan

• lebih suka bermain sendiri

• cepat frustrasi bila tidak difahami


Perkara penting ialah melihat keseluruhan perkembangan komunikasi,

bukan hanya jumlah perkataan yang anak boleh sebut.

Ramai ibu bapa memilih untuk tunggu

kerana sering dengar ayat seperti “budak lelaki memang lambat cakap”

atau “nanti besar okay”.


Tetapi jika tanda-tanda ini berlaku secara konsisten,

lebih baik buat pemerhatian lanjut atau developmental screening lebih awal.

Dalam perkembangan kanak-kanak,

komunikasi bermula jauh sebelum anak boleh bercakap.


Lagi awal tanda dikenali, lagi besar peluang untuk membantu

anak membina kemahiran bahasa dan interaksi dengan lebih baik.


Kadang-kadang, perkara kecil yang nampak biasa

sebenarnya adalah signal awal yang paling penting.

 
 
 

Comments


bottom of page