Tingkah Laku Anak Sebenarnya Ada Fungsi
- AUTISM GYM
- Mar 30
- 2 min read

“Kenapa anak buat macam ni?”
Menjerit, menangis, lari, memukul, diam…
Setiap tingkah laku anak sebenarnya bukan berlaku secara rawak.
Dalam dunia perkembangan kanak-kanak,
tingkah laku sentiasa ada fungsi —
ia adalah cara anak berkomunikasi
untuk memenuhi sesuatu keperluan.
Ramai ibu bapa melihat tingkah laku sebagai
masalah yang perlu dihentikan.
Tetapi jika kita hanya fokus pada “stop behaviour”,
kita mungkin terlepas mesej sebenar di sebaliknya.
Anak bukan sekadar “buat hal” —
mereka sedang cuba menyampaikan
sesuatu dengan cara yang mereka mampu.
Secara umum,
tingkah laku anak boleh difahami melalui
empat fungsi utama: sensory, escape, attention dan tangible (SEAT).
Ada anak yang menjerit atau melompat kerana
badan mereka memerlukan rangsangan sensori.
Ada yang tantrum untuk
mengelak tugasan yang terlalu sukar.
Ada yang mengganggu kerana mahu perhatian,
dan ada juga yang menangis
untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
Apabila kita tidak memahami fungsi ini,
respon kita mungkin tidak tepat.
Contohnya,
anak yang sebenarnya mahu perhatian dimarahi —
akhirnya mereka tetap mendapat perhatian,
walaupun dalam bentuk negatif.
Anak yang cuba mengelak tugasan pula mungkin
“berjaya” apabila kita mengalah,
lalu tingkah laku itu akan berulang.
Memahami fungsi tingkah laku membantu ibu bapa melihat lebih dalam —
bukan hanya apa yang anak buat,
tetapi kenapa mereka buat.
Dari situ, pendekatan boleh diubah.
Bukan sekadar melarang,
tetapi mengajar cara yang lebih sesuai untuk
anak menyampaikan keperluan mereka.
Contohnya,
ajar anak menggunakan perkataan untuk meminta,
beri pilihan yang jelas, atau
ubah tahap kesukaran tugasan
agar lebih sesuai dengan kemampuan mereka.
Pada masa yang sama,
pastikan keperluan sensori dan emosi mereka juga dipenuhi.
Bila kita mula melihat tingkah laku sebagai komunikasi,
perspektif kita berubah.
Daripada marah, kita jadi lebih memahami.
Dan daripada hanya menghentikan tingkah laku,
kita mula membina kemahiran sebenar
yang anak perlukan untuk berkembang dengan lebih baik.




Comments