top of page

🌊 “Dari Kota Warisan ke Phuket: Bila Terapi, Kerja & Percutian Bertemu Atas Laut”

 

ree


Kadang-kadang, kita terlalu sibuk jadi orang kuat

sampai lupa, orang kuat pun perlukan masa untuk nafas panjang.

 

Jadi bila geng Autism Gym Centre (AGC) dapat peluang naik cruise ke Phuket,

 

kami tahu…

ini bukan sekadar trip.

Ini adalah recharge hati dan semangat bersama keluarga kedua kami.

 

Kalau ada anugerah untuk trip paling happening tahun ni,

geng Autism Gym Centre (AGC) confirm menang.

 

Ceritanya bermula seawal 9 malam di cawangan Kota Warisan

semua orang dah mula berkumpul dengan beg besar, bantal leher, dan semangat luar biasa. Dari Kepong dan Gombak pun datang, sebab malam tu kami nak mulakan perjalanan panjang: misi ke Phuket naik cruise!

 

Bila jam tunjuk 2 pagi,

bas kami pun mula bergerak menuju ke Marina Bay Cruise, Singapore.

 

Disebabkan ada yang tak sampai lima minit dah tidur berdengkur. 😆

 

Sebelum sampai, kami sempat singgah di R&R Gelang Patah untuk solat Subuh dan sarapan.

Angin pagi, aroma kopi panas, dan roti bakar jadi pembuka hari yang tenang.

Dari situ, kami teruskan perjalanan ke Marina Bay dan bila sampai dalam pukul 8 pagi,

terus hilang semua penat. Depan mata terbentang kapal besar yang gah, berkilat, dan wowww…

 

🚢 Naik Cruise, Macam Masuk Dunia Lain

 

Masuk ke kawasan pelabuhan, semua beratur tunggu giliran naik cruise.

Bila masing-masing dapat kad akses bilik, muka semua terus lega.

Masuk bilik, buka pintu, nampak katil empuk dan pemandangan laut dari tingkap . Fuh, rasa macam movie scene.

 

Lepas letak beg dan rehat sekejap, kami terus cari makan tengah hari.

Dalam cruise ni, serius macam syurga makanan.

Nak nasi ada, nak pasta pun ada, nak western ada.

Semua termasuk dalam pakej,

jadi boleh makan tanpa rasa bersalah (atau tanpa tengok harga). 😅

 


Petang tu, kami mula teroka seluruh kapal

ada live show, kolam renang, waterpark, zip line, dan macam-macam aktiviti untuk keluarga.

Bila malam menjelma, suasana dalam cruise bertukar jadi meriah lampu warna-warni, muzik, dan tawa orang dari pelbagai negara.

 

🌴 Hari Kedua: Phuket Menyambut Kami

 



17 September.


Cruise berhenti di Phuket, dan masa ni semua dah tak sabar nak turun.

Kami berpecah kepada beberapa kumpulan sebab nak jelajah satu Phuket dalam sehari, memang mustahil.

Ada yang pergi kilang gajus, ada yang tengok pertunjukkan ikan lumba-lumba, ada yang melawat temple dan masjid,

 

dan tak kurang juga geng yang terus serbu Patong Beach.

 

Yang bestnya, nak cari makanan halal kat Phuket ni tak susah langsung.

Dari restoran tepi jalan sampai ke 7E, semuanya mesra Muslim.

Dan ya, makanan dia memang sedap tak tipu. Tomyam dia padu, teh ais dia kaw, green curry dia sedap.

 

Dari petang sampai ke tengah malam,

kami jalan, gelak, ambil gambar, dan kongsi cerita.

Bila dah naik cruise semula, masing-masing mula rasa campur-baur penat, puas, dan syukur.

Dan kitorang group 2nd last yang masuk ke cruise staff-staff cruise dah menunggu kt luar cruise suruh kitorang masuk cepat. Hahaha!

 

💭 Berbalik Arah, Tapi Hati Masih di Laut

 

Malam terakhir atas kapal tu tenang. Angin laut bertiup lembut, bunyi ombak pelan-pelan temani kami yang bersandar di dek sambil pandang bintang.

Ada rasa reflektif skit macam, “Eh, cepatnya masa berlalu.”

Dalam kesibukan kerja dan rutin seharian, kadang kita lupa untuk berhenti sekejap dan rasa hidup.

 

Esoknya kami sampai semula di Marina Bay, naik bas, dan perjalanan pulang ke Kota Warisan pun bermula.

Dalam bas, ada yang tidur lena, ada yang masih scroll gambar trip sambil senyum-senyum sendiri.

 

Trip ni bukan sekadar bercuti.

Ia tentang kebersamaan, penghargaan, dan tenaga baru yang lahir bila kita keluar dari zon selesa.

Kadang-kadang, rehat terbaik bukan bila kita berhenti tapi bila kita bergerak sama-sama, berkongsi tawa, dan cipta kenangan yang akan kita ingat sampai bila-bila.

 

Bila kita bekerja dalam dunia terapi, setiap hari adalah tentang memberi tenaga, masa, dan kasih. Tapi dalam memberi, kita juga perlu ruang untuk mengisi semula.

 

Perjalanan dari Kota Warisan ke Phuket ni bukan sekadar percutian, tapi satu pause yang bermakna. Di atas kapal itu, kami belajar sesuatu yang jarang disebut bahawa kekuatan pasukan tak datang dari seberapa banyak kita buat, tapi seberapa rapat kita rasa antara satu sama lain.

 

Tawa di dek kapal, sarapan sama-sama, berkongsi cerita, semua itu pengikat hubungan kita.

Pengingat bahawa di sebalik setiap tugasan, ada manusia yang berjuang dengan hati.

 

Autism Gym Centre bukan hanya tempat terapi untuk anak-anak istimewa.

Ia juga rumah untuk setiap jiwa yang bekerja di dalamnya. Dan bila “rumah” ini melangkah jauh ke laut, ke negara lain yang dibawa bukan sekadar nama, tapi semangat dan kasih yang menyatukan kami semua.

 

Sampai jumpa di perjalanan seterusnya.


Kita simpan kenangan kat sini....



Comments


bottom of page