top of page

Umrah Autism Gym Centre 3.0: Rezeki Buat Keluarga Encik Adam

ree

Umrah Autism Gym Centre masuk edisi ke-3,

dan kali ini rezeki berpihak kepada keluarga Encik Adam.


Untuk program ini, ibu beliau iaitu Puan Dahlia terpilih menunaikan umrah.

Yang lebih istimewa, beliau ditemani oleh suaminya Encik Abas dan anaknya Andy.


ree

Bukan senang nak dapat peluang macam ni,

sekali jalan, sekeluarga diberi ruang untuk sama-sama menjejak Tanah Suci.


Mereka tiba di KLIA sekitar jam 8 malam.

Dari jauh lagi, wajah ceria dan semangat jelas terpancar. Walaupun waktu malam, suasana KLIA terasa meriah dengan kehadiran jemaah yang bersiap untuk perjalanan ibadah ini.


Seperti biasa, semua jemaah berkumpul untuk mendengar ucapan dan taklimat daripada mutawif. Ringkas tapi padat, cukup untuk beri semangat dan panduan sebelum berangkat.


Selepas itu, jemaah mula beratur untuk check in luggage.

Proses berjalan lancar, tak ada yang kelam kabut. Alhamdulillah, semuanya tenang dan teratur.


ree

Selesai check in, tibalah masa yang paling menyeronokkan, makan ramai-ramai.

Bukan sahaja keluarga Encik Adam, tapi juga beberapa orang staf Autism Gym Centre yang turut mengiringi perjalanan ini.


Suasana penuh mesra, macam keluarga besar yang berkumpul sebelum berpisah sementara. Gelak tawa, doa dan harapan bercampur jadi satu, menjadikan detik itu terasa hangat dan bermakna.


Dan pastinya, kenangan tak lengkap tanpa sesi bergambar ramai-ramai. Semua berkumpul, senyum lebar menghadap kamera.

Gambar-gambar itu bukan sekadar untuk disimpan, tapi jadi saksi perjalanan penuh barakah yang akan dikenang sampai bila-bila.


Melihat Puan Dahlia yang tenang, Encik Abas yang setia menemani, dan Andy yang ceria, kami di Autism Gym Centre rasa sangat terharu.

Inilah tujuan utama program ini, memberi peluang, ruang dan pengalaman yang mungkin hanya datang sekali dalam seumur hidup.



Semoga Allah menerima ibadah umrah Puan Dahlia sekeluarga, dan moga setiap langkah perjalanan mereka dipermudahkan.

Untuk kami di Autism Gym Centre, ini bukan sekadar program, tapi satu amanah dan pengalaman yang menguatkan lagi misi kami untuk terus membawa kebaikan kepada keluarga istimewa.



Comments


bottom of page