top of page

PROGRAM UMRAH AGC 4.0

Perjalanan Malam yang Penuh Makna Penutup Tirai 2025


Program Umrah Autism Gym Centre kini masuk edisi ke-4, dan kali ini perjalanan kami melibatkan keluarga Cik Akmar.


Program ini khusus untuk, Puan Norhayati, dan seperti biasa, setiap perjalanan bermula dengan satu niat yang baik.


Keluarga Cik Akmar bertolak dari Melaka dan tiba di KLIA sekitar jam 9 malam.


Walaupun perjalanan agak jauh dan waktu sudah lewat, semuanya sampai dengan selamat. Suasana malam di KLIA terasa tenang, tapi dalam masa yang sama penuh dengan rasa teruja menunggu saat berlepas.


Setibanya di KLIA, kami berkumpul dahulu. Masa ini digunakan untuk pastikan semua orang ada, dokumen lengkap dan semua bersedia. Tak lama lepas itu, kami makan ramai-ramai.


Meja dipenuhi dengan keluarga Cik Akmar dan beberapa orang staf Autism Gym Centre yang turut mengiringi perjalanan umrah ini. Suasana cukup meriah — ada gelak tawa, ada borak ringan, dan masing-masing ambil peluang untuk berehat sekejap sebelum perjalanan panjang.


Selesai makan, semua jemaah berkumpul semula untuk mendengar ucapan dan briefing daripada mutawif. Taklimat ringkas tapi jelas, cukup untuk beri panduan dan ketenangan sebelum memulakan ibadah.


Waktu ini, suasana jadi lebih tenang dan fokus, masing-masing mengambil peluang untuk bersedia dari segi mental dan emosi.


Lepas briefing, urusan check in luggage pula berjalan dengan lancar. Semuanya teratur dan tidak mengambil masa yang lama.


Bila semua urusan selesai, tibalah masa untuk sesi bergambar dan bersalaman. Gambar-gambar ini jadi kenangan berharga, manakala salam-salaman pula seolah-olah mengikat doa dan harapan untuk perjalanan yang dipermudahkan.



Waktu ni ada yang dah bergerak balik memandangkan waktu pun dah lewat malam.


Akhirnya, sekitar pukul 2 pagi, flight pun berlepas. Walaupun waktu sudah jauh malam, wajah-wajah yang kami lihat penuh dengan ketenangan dan rasa syukur.


Bagi kami di Autism Gym Centre, melihat perjalanan bermula dengan teratur dan tenang seperti ini sudah cukup bermakna.


Semoga Allah menerima ibadah umrah Puan Norhayati dan mempermudahkan setiap langkah sepanjang perjalanan.


Umrah Autism Gym Centre 4.0 ini sekali lagi mengingatkan kami bahawa bila niat baik disusun dengan rapi, perjalanan akan terasa lebih ringan dan bermakna.



Comments


bottom of page