Happy birthday AGC Gombak !
- AUTISM GYM
- 6 days ago
- 1 min read

Terus terang, kami pun tak sangka masa berlalu secepat ni.
Rasa macam baru je pasang papan tanda AGC Gombak, tiba-tiba dah cukup setahun
Fast forward ke 29 Oktober 2025 —
kami sambut ulang tahun pertama dengan 100 pelajar di bawah satu bumbung.
100, weh. Nombor yang dulu rasa jauh gila.
Sekarang dah depan mata.
Tapi jujur, perjalanan ni bukan senang.
Ada hari rasa nak give up,
ada hari rasa bangga sampai tak boleh tidur.
Tiap satu pelajar, tiap satu sesi, semuanya tinggalkan kenangan —
kadang kelakar, kadang buat kita termenung panjang.
Yang paling buat kami tersentuh —
ramai parents mula nampak harapan semula.
Dulu datang dengan muka risau,
sekarang datang dengan cerita happy dan semangat nak teruskan terapi.
Rasa macam semua penat kami terbayar bila nampak senyuman tu.
Dan tak sangka juga, AGC Gombak ni rupanya bagi impak kat ramai anak muda.
ramai juga anak muda yang mula nampak bidang terapi ni sebagai kerjaya masa depan.
Ramai yang datang mencuba, terus jatuh cinta dengan kerja ni.
Seronok tengok mereka mula faham,
jadi therapist ni bukan lagi “kerja bermain dengan budak-budak”,
tapi kerja yang perlukan mental yang kuat, kefahaman yang tinggi, sabar dan keikhlasan.
Jadi bila sampai tarikh 29 Oktober ni, kami bukan sekadar sambut ulang tahun.
Kami raikan perjalanan — dari kosong, sampai jadi sesuatu.
Dari “boleh ke ni?”
sampai “Alhamdulillah, kita dah sampai sini.”
InsyaAllah tahun depan kami aim 200 pelajar,
tapi yang paling penting — semangat dan keikhlasan tu kekal.
Sebab dekat AGC Gombak,
kerja ni mungkin penat…
tapi penat yang beri impak pada komuniti.




Comments