Event Nasom Autism Walk
- AUTISM GYM
- 6 days ago
- 2 min read
Hari Sabtu lepas, 16 Ogos 2025,
kitorang dari Autism Gym Centre turun padang
join NASOM Walk 2025 kat Citta Mall, Ara Damansara.
BTW, ada yang gerak dari Nilai awal pagi untuk event ni....
Fuhh,
suasana dari awal pagi memang meriah gila.
Bayangkan, baru pukul 6.30 pagi,
kawasan dah penuh dengan orang—ada yang datang dengan
keluarga, ada yang datang dengan pasangan, kawan,
semua dengan semangat nak jalan 3KM untuk sokong komuniti autisme.
Mula-mula, kena daftar dulu ambik nombor.
Lepas tu ada sesi warm up beramai-ramai.
Bayangkan satu crowd besar stretching sambil gelak kat depan mall.

Bila dah start jalan,
macam-macam ragam kita nampak.
Ada yang jalan santai sambil borak,
ada yang betul-betul macam atlet siap berlari habis laju.
Tapi yang best, semua orang enjoy. Tak kira laju ke perlahan, semua happy.
Untuk Autism Gym Centre,
ni first time kitorang collaborate dengan NGO,
dan honestly memang rasa bangga gila.
Bukan je dapat buka booth awareness
untuk parents yang nak tahu lebih banyak pasal perkembangan anak,
tapi dapat juga connect dengan komuniti
yang sama-sama nak buat perubahan.
Ramai parents yang singgah, tanya soalan,
share pengalaman—itu sebenarnya momen paling bermakna.
Lepas habis walk,
crowd berkumpul lagi untuk sesi cabutan bertuah.
Yang ni memang kecoh
sorang-sorang menunggu nombor dipanggil dengan penuh harapan.
Paling kelakar,
ramai juga staff AGC yang bertuah kali ni,
siap bawak balik hadiah. Memang rezeki masing-masing!
Dan of course,
apa lagi yang penutup paling best kalau bukan makan ramai-ramai?
Kitorang semua terus serbu Sukiya.
Bayangkan lepas berpeluh,
dapat duduk makan panas-panas dengan geng
memang syok.
Penuh Sukiya tu dengan staff AGC.
one kitorang serbu 1 tempat, jangan pelik lah kalau tempat tu meriah macma pasar. huhu
Kesimpulannya,
hari tu bukan sekadar event jalan kaki 3KM.
Ia jadi satu pengalaman yang penuh semangat,
penuh connection, dan penuh memori.
Bagi AGC sendiri,
ni permulaan yang baik untuk lebih banyak kolaborasi dengan NGO dan juga komuniti.
Harapnya akan ada lagi peluang macam ni
untuk kita terus sebarkan kesedaran dan sama-sama buat impak positif.
Comments