
🎫 Opening Centre Ke - 3 |
🏥 Prima Seri Gombak |
⌚ 6 Februari 2025 |
Assalamualaikum dan hai semua!
Kami nak cerita sikit pasal satu majlis yang memang best —
Majlis Doa Selamat sempena pembukaan cawangan ke-3 Autism Gym Centre di Prima Seri Gombak!
Serius, majlis ni memang meriah dan penuh dengan momen-momen bermakna. Kalau korang ada kat sana, confirm terasa vibes dia.
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan yang sangat menyentuh hati. Dalam ucapan tu, kita dengar pasal misi dan goals Autism Gym Centre —
bukan setakat nak jadi pusat terapi terbaik, tapi nak jadi tempat yang membawa harapan dan perubahan positif untuk anak-anak istimewa dan keluarga mereka.
Lagi power, mereka juga kongsikan perjalanan agc untuk lima tahun akan datang.
Bayangkan, dengan visi yang jelas dan semangat yang padu, tak mustahil kita akan tengok lebih banyak cawangan dibuka lepas ni.
Lepas tu, kita ada taklimat dan pencerahan daripada Encik Adli tentang human resource. Kalau korang fikir HR ni bosan, nope —
presentation Encik Adli ni memang lain macam! Santai, btw Encik Adli ni memang sempoi dan kelakar tapi penuh informasi. Dari pengurusan staff sampai pembangunan kerjaya, semua diterangkan dengan jelas.
Banyak input berguna yang boleh kita aplikasikan, tak kira di tempat kerja atau kehidupan seharian.
Yang paling ditunggu-tunggu — majlis penyerahan hadiah untuk top performer! Momen ni memang syahdu dan penuh penghargaan.
Bila tengok mereka yang berusaha keras diiktiraf, rasa bangga tu automatik naik. Tahniah kepada semua penerima hadiah, korang memang layak! tapi sebenarnya setiap orang dapat hadiah. Memang tak rugi lah datang, duit dapat hadiah dapat. Cuma yang top performer dapat lebih la.
Lepas habis majlis rasmi, kita pun serbu makan-makan!
Haa, ni part paling syok. Macam-macam juadah ada — nasi putih, daging salai masak lomak dengan pucuk ubi, ayam berempah, kuih-muih.
Lupa nak cerita pasal sarapan pagi. waktu pagi kita disajikan bihun, kuih-kuih dan teh tarik.
Sambil makan, sempat juga berborak dan gelak-gelak dengan kawan-kawan. Memang terasa macam satu keluarga besar.
Akhir sekali, majlis diteruskan dengan doa selamat. Kita mulakan dengan tazkirah dan bacaan Yasin yang dipimpin dengan penuh tertib dan khusyuk. Suasana jadi tenang dan penuh kesyukuran.
Dalam doa tu, kita panjatkan harapan agar cawangan baru ni berjalan lancar dan terus menjadi sinar buat anak-anak istimewa. Amin.
So, itulah serba sedikit kisah Majlis Doa Selamat ni. Terima kasih kepada semua yang terlibat — dari penganjur, staf, sampai ke tetamu yang memeriahkan majlis.
Semoga cawangan ke-3 ni terus berkembang dan memberikan manfaat kepada lebih ramai keluarga.
Jumpa lagi di majlis seterusnya! 😊
Kita payung sikit video majlis haritu.- Jemput tengok!
Comments