top of page

"Retreat- Survival, Adventure & Perang, Cerita AGC di Gopeng!"



Assalamualaikum geng!


Nak cerita sikit pasal pengalaman retreat 2 hari 1 malam kami #TeamAGC di Gopeng baru-baru ni.


Fuhh, memang bukan biasa-biasa weh!

Habis segala otot bangun dari tidur panjang—yang dah lama tak workout pun tiba-tiba jadi atlet sehari.


Pagi-pagi hari pertama, kami semua gerak ke Gua Tempurung. Masa sampai tu semua masih segar, semangat berkobar.


Tapi bila dah mula panjat tangga... baru tau langit tinggi rendah. Haa, masa tengah semput dekat tangga tu, ada yang tanya,


“Ni dah nak sampai ke belum?” Jawapan guide: “Baru 30%.” 😭



Lepas tangga, masuk pula fasa lereng bukit dalam gua. Licin, curam, berbatu. Jenuh kaki nak imbang.


Dalam hati doa jangan ada ular atau lipan, tapi tangan tetap berpaut kuat kat dinding gua.


Bila sampai part turun menggelongsor, memang tak ada rupa staf AGC dah—(Part ni semua dah start jadi komando)

Paling syok (dan sikit ngeri) bila kena redah sungai dalam gua. Air sejuk gila, tapi semangat tak padam.



Ada yang merangkak, ada yang menyarap… semua tak sabar nak sampai hujung untuk tangkap gambar ‘survivor’. Bila dah settle, ingatkan keluar ikut jalan lain.



Rupanya kena patah balik. Nasib baik semangat #AGCFamily kuat—sorang bantu sorang, gelak, jerit, semua rasa jadi kenangan indah.




Petangnya? 


Kami sambung dengan white water rafting pulak!


Waktu pergi tu kami kena dengar dulu briefing pasal safety.. dan kitorang semua kena naik lori nak kesana. Bayangkan, 40 orang naik satu lori, semua kena berdiri dan berpaut lah kat mana yang ada.


Dengan barai dari gua tu pun tak habis lagi, pastu naik lori tu lama gak la terhoyong-hayang jalan selekoh leper kat sebelah gaung.


Bila sampai je kat jeram tu, kami semua turun dan pecah kepada 4 kepala satu kumpulan.


Setiap rakit 4 orang dan sorang mando. Sebelum start belayar, diorang briefing dulu macam mana nak kawal rakit tu. Maklumlah ini first kiorang buat aktiviti rafting ni.


Haa yang ni memang lawak habis. Ada rakit steady macam pelaut berpengalaman, ada juga yang... tergolek masuk sungai 🤣




Tapi semua enjoy! Air sungai deras, tapi teamwork kami padu. Jerit-jerit gembira, basah satu badan tapi hati puas!


Lepas je habis white water rafting yang penuh jerit pekik dan tergolek, kami pun balik ke tapak perkhemahan. Semua masuk khemah masing-masing. Lepas tu makan malam pulak—kenyang perut, suka hati.


Malam tu, ada acara istimewa—FIRE SHOW!


Ya Allah, cantik gila api berputar tu. Ada yang bersorak, ada yang ternganga tak kelip mata. Api menari-nari atas tangan performer. Memang layan habis, rasa macam tengok show kat oversea padahal tengah-tengah hutan Gopeng je!



Tapi tak semua turun tengok fire show ni, ada yang dah jumpa tilam tak jumpa jalan keluar dah.


Esok paginya, semua bangun awal (walaupun ada yang muka masih ngantuk 🤭). Kami berkumpul, dengar ucapan penghargaan daripada team lead—ucapan yang penuh semangat, buat semua rasa dihargai.



Paling best, setiap seorang dapat hadiah! Ada yang dapat mug, kipas, hamper—kira semua balik dengan buah tangan.



Lepas tu kami terus pergi sarapan, layan nasi lemak panas-panas, teh tarik, dan kuih-muih kampung. Baru dapat tenaga balik nak sambung aktiviti seterusnya.


Aktiviti penutup? PAINTBALL! 🎯


Ya, inilah klimaks sebenar. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan—Alpha dan Bravo. Mula je game, semua terus masuk watak.



Ada yang menyorok belakang tong, ada yang lari macam flash, ada yang tangan menggigil masa nak tembak 😂, dan ada juga yang tergolek sebab excited sangat nak conquer markas musuh.


Peluru berdesing, cat warna-warni meletup atas jaket, kesan lebam kena tembak, jerit menjerit tapi semua enjoy gila! Walaupun ada yang tak reti menembak, tapi semangat tu tetap first class.



Lepas habis tembak-tembak, kami makan tengah hari sama-sama, borak, gelak, kongsi momen lawak dan gambar-gambar candid.


Kemudian, masing-masing kemas barang, ambik gambar puas-puas dulu sebelum balik ke rumah dengan hati penuh kenangan manis.



Kesimpulannya? Retreat ni bukan sekadar aktiviti lasak. Tapi betul-betul bawa kami semua jadi lebih rapat.


Sama-sama susah, sama-sama gelak, dan sama-sama simpan satu lagi memori bermakna dalam keluarga AGC.


Kalau kau tanya berbaloi ke penat tu?


Kami jawab — seribu kali berbaloi!


Comments


bottom of page